Sunday, 18 September 2016

Sunday, 10 January 2016

Nak kaya? Nak jadi jutawan?

Jom derma!
RAYUAN SUMBANGAN DAN SEDEKAH JARIYAH UNTUK PONDOK DARUL ILMI WATTAQWA
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين الرحمن الرحيم مالك يوم الدين. والصلاة والسلام على رسوله الأمين، سيدنا محمد بن عبد الله خير الخلق أجمعين، وعلى آله وصحبه والتابعين، ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.
السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته.
أما بعد؛
         Saya, Wan Mohd Nasir bin Wan Abd Wahab al-Madani, pengasas dan pengetua pusat pengajian Darul Ilmi Wattaqwa yang bakal dibangunkan dengan izin Allah taala di Lot 1614, Kampung Kuantan, Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan, Malaysia, selepas berdoa dan merayu kepada Allah azzawajalla, ingin memohon sumbangan ikhlas dan sedekah jariyah daripada seluruh muslimin dan muslimat yang prihatin dan mendambakan ganjaran Allah azzawajalla, anugerah dan limpah kurnia-Nya.
       Tujuan pengumpulan derma, sumbangan dan sedekah jariyah ini adalah untuk membayar harga tanah tersebut sebanyak RM345,000.00. Buat masa ini, dengan izin Allah taala, saya telah berjaya membayar 10% daripada harga tersebut, iaitu RM34,500.00. Baki lagi ialah 90% sebanyak RM 310,500.00. Saya perlu membayar sekurang-kurangnya 10% pada setiap bulan sebanyak RM34,500.00 selama 9 bulan.
       Oleh itu, saya mengharapkan muslimin dan muslimat yang saya kasihi lagi hormati dapat menghulurkan sumbangan, derma dan sedekah jariyah semata-mata kerana Allah azzawajalla sama ada bagi diri sendiri atau bagi mak ayah, waris, zuriat keturunan dll., melalui akaun berikut:

1. Al-Rajhi Bank current akaun: 10100-1080-1377-63, DARUL ILMI WATTAQWA. Telefon: 019-2855233 (Ustaz Wan Mohd Nasir bin Wan Abd Wahab al-Madani).

2. Maybank Islamic savings account: 1647-9915-4531, Wan Mohd Nasir bin Wan Abd Wahab, IC no: 730804-11-5095. No h.p: 0192855233.

       Untuk makluman, akaun kedua ini hanya sementara sahaja dan semua wang di dalamnya ialah milik Darul Ilmi Wattaqwa. Sekarang, saya dalam proses membuka satu akaun semasa Maybank Islamic dgn nama Darul Ilmi Wattaqwa. Apabila siap nanti, akaun kedua di atas tidak akan digunakan untuk Darul Ilmi Wattaqwa. Wabillahittaufiq.
       Segala jasa baik saudara dan saudari yang saya kasihi lagi hormati, saya dahului dengan ucapan jutaan terima dan doa berikut:
جزاكم الله تعالى خير الجزاء في الدين والدنيا والآخرة.
Jazakumullahu taala khoiral jaza'i fiddini waddunya walakhirati.
= Semoga ALLAH taala membalas antum semua dengan sebaik-sebaik ganjaran pada agama, dunia dan akhirat.
وتقبل منكم صدقاتكم،
wataqobbala minkum sodaqotikum,
= dan semoga Ia menerima daripada antum sedekah-sedekah antum,
وضاعف لكم ثوابها،
wadho'afa lakum tsawabaha,
= dan semoga Ia menggandakan untuk antum pahala sedekah-sedekah itu,
وأخلفكم خيرا مما أنفقتم،
waakhlafakum khoiran mimma anfaqtum,
= dan semoga Ia menggantikan kepada antum dengan apa yg lebih baik daripada apa yang antum telah sumbangkan,
وأدخلكم بها الجنة،
waadkholakum bihal jannata,
= dan semoga Ia memasukkan antum ke dalam Syurga dengan sebab sedekah-sedekah itu,
ونجاكم بها من النار،
wanajjakum biha minannari,
= dan semoga Ia menyelamatkan antum daripada Neraka dengan sebab sedekah-sedekah itu,
ورفعكم بها عنده أعلى الدرجات.
warafaakum biha indahu a'laddarajati.
= dan semoga Ia mengangkat antum ke darjat yang tertinggi dengan sebab sedekah-sedekah yang antum sumbangkan tersebut.
آمين، يا رب العالمين.
Amina ya robbal alamina.
= perkenankanlah doa kami, wahai Tuhan yang mencipta, memiliki dan mentadbir seluruh makhluk.

Sekian.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا، وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين.
Yang Benar,
Wan Mohd Nasir bin Wan Abd Wahab al-Madani,
Hari Isnin, 2 Rabi'unilawwal 1437H = 14 Disember 2015,
pukul 5:43 petang.